Friday, February 17, 2012

Masa Semakin Hampir

Alhamdulillah..
sekarang dah 17 februari 2012
dah masuk bulan kedua dalam tahun baru 2012
sebulan yang berlalu bergitu cepat tanpa kita sedari
buat mereka yang punyai impian, terus megejar impian
buat yang kecewa, teruskan berusaha mengharungi masa-masa mendatang
namun aku tetap disini
menanti hari yang pasti
rasa tak sabar dan berdebar bila usia dah makin meningkat
belajar pun dah nak abis
so kene equip myself to enter the real world of life
entering new phase of life..

syukur kehadrat ilahi.
tahun 2012 banyak perkara baru yang akan berlaku
Alhamdulillah kakak ku sudah selamat di Ijab Kabulkan bersemadinya 21 Januari 2012
Bulan 10 pula kedua-duanya bakal naik pelamin
hehe gembira dengan kehadiran adik beradik yang baru
menyemarakkan lilin keluarga kami..
aku bile lagi... haha jeng jeng jeng..

soal kehidupan aku plak sume nye berjalan lancar
yang dekat terus dekat dan yang jauh terus menjauh..
tapi tak kisah la sebab masing² punyai hak atas diri sendiri
yanag penting semuanya enjoy² jer la kan..

kawan² plak makin ramai yang sudah berkeluarga..
aku doakan agar istana yang dibina berkekalan membawa kalian ke surga yang abadi.
seronok tgk org semua gembira. ..hehehe

tuk abg aku idrus,
semoga tahun 2012 ni bawa seribu kegembiraan
adik mu ni ucapkan terima kasih tak terhingga
kerna kamu sentiasa ada bila ajiel perlukan..
tidak sekali adik mu ini melupakan abg sampai mati..

buat family plak,
semoga perancangan kita tahun menjadi kenyataan..
sentiasa perbanyakkan doa dan berusaha ke arahyang lebih baik
insyaAllah ni kita akan bergerak lagi selangkah ke hadapan..

buat ibu ku,
thanks for standing behind me..
kau lah ratu hati ku..
kalu lah segalanya bagi ku..
insyaAllah pasni kita happy jer ok.. hilang semula penat lelah..
ada rezeki nanti kitapergi melancong oke.. :P

p/s: lurve u all... thanks pada semua yang pernah hadir dalam hidup ku walau  kita tak dapat bersama ke akhirnya. setiap kenangan yang terindah itu menjadi tanda ingatan tulus ikhlas dari ajiel..

Tuesday, February 14, 2012

...JENUH...

Ternyata hati, tak bisa berdusta
Meski ku coba, tetap tak bisa
Dulu cinta ku, banyak padamu
Entah mengapa, kini berkurang

Maaf ku jenuh padamu
Lama sudah kupendam
Tertahan dibibirku
Mauku tak menyakiti
Meski begitu indah
Ku masih tetap saja…
... jenuh ….
Taukah kini, kau kuhindari
Merasakan kau, ku lain padamu
Cinta bukan, hanya cinta saja
Sementara kau, merasa cukup..

Bingkasan Cinta 16 Februari 2010 .. :(

Friday, February 3, 2012

kenangan terindah tapi smua palsu..

  • Bila saatnya ku temukan indah di hatimu
    Berapa lama waktuku harus menunggu
    Cahaya matamu menghiasi seluruh hatiku
    Andai kau tau dalam lelap kusebut namamu

    Aku masih menunggumu bicara
    Kunanti jawaban di hatimu
    Dalam gelap ini dalam diam ini

    Kuharap nanti waktu yang akan menemukanmu
    Apakah nanti hatimu masihkah milikku
    Aku masih menunggumu bicara
    Ku nanti jawaban di hatimu
    Dalam gelap ini dalam diam ini
    Ku masih menunggu...

    Kumohon dengarkan aku bicara
    Kunanti jawaban di hatimu
    Adakah diriku di dalam hatimu

    Bila saatnya ku temukan indah di hatimu

Friday, August 19, 2011

Penghayatan Ramadhan

Hari ini merupakan hari ke sembilan belas dalam bulan Ramadhan. Bulan yang lebih baik seribu bulan, bulan yang penuh dengan kebaikan dan keberkatan. Berpuasa di bulan Ramadhan membawa pahala dan keuntungan bagi mereka yang melaksanakannya. Umat Islam di seluruh dunia kini begitu sibuk beribadah, termasuk menggandakan ibadat pada bulan yang mulia ini dengan amalan-amalan sunat seperti terawih dan tadarus.


Namun dalam keghairahan melaksanakan ibadah besar ini, terkadang kita terlupa falsafah sebenar berpuasa jesteru puasa yang dilaksanakan agak tersasar dari cara yang diredai Allah SWT. Sudah satu perempat bulan ramadhan ini berlalu, elok rasanya untuk kita semak nilai puasa dan tingkat iman kita.


Ramadhan adalah madrasah yang melatih diri supaya dapat mengawal diri dari nafsu mazmumah dan sifat-sifat buruk. Tetapi pelbagai bentuk perilaku yang ditegah oleh agama masih tidak dapat dikawal dalam bulan ini; secara sengaja atau tidak; seperti membazir, melalaikan solat, melakukan aktiviti yang melalaikan, menghabiskan waktu dengan melepak di jalanan. Semua perlakuan ini dilakukan dengan alasan kerana letih sambil menunggu waktu berbuka.


Seringkali perasaan malas menyelinap masuk atas alasan yang dijadikan sandaran bahawa puasa sering dikaitkan atau sinonim dengan penat dan istirehat, sehingga membawa kesan negatif kepada produktiviti kerja yang cenderung menurun dan pudar.


Menolak pelbagai alasan negatif di atas, madrasah Ramadan sebaliknya mendidik kita untuk mampu lebih survival dan lebih memiliki semangat juang dan daya tahan fizikal dan mental yang kuat. Allah SWT memerintahkan puasa untuk menguji manakah kalangan hambanya mencapai tingkat takwa.

Darjat puasa
Abu Hamid al-Ghazali berkata, Ramadan itu mempunyai tiga darjat:
1.Puasa umum iaitu puasa menahan diri daripada syahwat.
2.Puasa khusus iaitu puasa menahan pendengaran, penglihatan, tangan lidah dan semua anggota daripada dosa.
3.Puasa khawas al-khawas iaitu puasa hati dari mengejar perkara yang keji dan memikirkan tentang perkara duniawi serta menjaga seluruh anggota dari segala bentuk dosa. Puasa yang ketiga inilah (khawas al-khawas) merupakan puasa hamba-hamba yang soleh.


Ciri-ciri puasa orang soleh:
Menjaga penglihatan dari perkara yang dibenci Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Pandangan itu merupakan panahan daripada panah-panah iblis la'natullah, sesiapa yang meninggalkan pandangan tersebut kerana takut kepada Allah, Allah akan mengurniakannya keimanan dan merasai kemanisan iman didalam hatinya. (riwayat al-Bukhari)

Menjaga lidah daripada berkata dusta, ghibah, mengadu-domba dengan sentiasa mengingati Allah SWT, dan membaca al-Quran.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Puasa adalah perisai, jika salah seorang dari kalian sedang berpuasa janganlah dia berkata keji , jika ada yang memeranginya atau mencercanya maka katakanlah: Aku sedang berpuasa. (riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim).

Menjaga pendengaran dari perkara yang dibenci Allah SWT seperti mendengar perkara yang dusta. Justeru Allah SWT meletakkan kedudukan yang sama bagi pendengar kata dusta dan golongan yang suka memakan segala yang haram.
Firman Allah yang bermaksud: Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). (al-Maidah: 42)

Menjaga seluruh anggota tubuh badan seperti tangan, kaki dan perut daripada perkara yang larang. Tidak memperbanyakkan hidangan atau juadah berbuka puasa sehingga menyebabkan berlaku pembaziran. Tidak memakan hidangan yang syubhat dan haram ketika berbuka puasa.


Berpuasa tapi tiada apa
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Barangkali di kalangan hamba yang berpuasa tetapi tidak mendapat suatu pun (pahala) daripada puasanya melainkan semata-mata lapar, dan barangkali di kalangan hamba yang melakukan qiam (qiamulail) tetapi tidak mendapat suatu pun (pahala) daripada qiamnya melainkan berjaga malam semata-mata. (riwayat Ibn Majah)


Kalangan ulama berpendapat bahawa golongan yang dimaksudkan melalui hadis ini ialah pertama, iaitu orang yang berpuasa tetapi berbuka dengan makanan yang haram.


Kedua, orang yang menahan dari makanan yang halal dan berbuka dengan ghibah (memakan daging saudaranya) yang diharamkan.


Ketiga, orang yang tidak menjaga anggota tubuhnya daripada melakukan segala bentuk dosa. (al-Ghazali: Ihya' 'Ulum al-din)

Indahnya Ramadhan
Sesungguhnya, detik Ramadan apabila dijalani dengan penuh takwa, sabar di samping kerendahan hati mampu menyingkap hijab ketinggian hati dan kesombongan sehingga seorang Muslim akan mampu menerima segala tuntunan dan tuntutan agama ini dengan hati yang lapang.


Setiap amal kebaikan seorang Muslim selain puasa akan dibalas dengan ganjaran kebaikan yang tertentu dan setimpal. Adapun amalan puasa, tidak diketahui ganjarannya kecuali Allah.


Dalam sebuah hadis Qudsi Dari Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: Allah telah berfirman: Sesungguhnya setiap amalan anak Adam itu adalah baginya melainkan puasa kerana puasa hanya untukKu, dan Akulah yang akan memberikan pahalanya. (riwayat al-Imam al-Bukhari dan Muslim)


Seandainya peluang Ramadan dan pintu angan-angan dibukakan kesekian kalinya bagi ahli kubur, nescaya mereka meronta-ronta untuk hidup kembali meskipun hanya untuk sehari di bulan Ramadan.


Mereka mengimpikan rahmat Allah SWT, ingin kembali memperbaiki dan menampung ruang-ruang yang amalan yang cacat, menghidupkan siangnya dengan membaca al-Quran, menambah iman, menghidupkan malamnya dengan ibadah solat-solat sunat, berdoa, menangis, merintih memohon keampunan dan kebebasan dari neraka.


Wahai (hatiku) dan hati-hati yang sering lalai dan alpa, sesungguhnya peluang taubat bagimu terbentang luas. Di Ramadan ini Allah SWT sentiasa memanggil dan menghamparkan keampunan buat sekalian hambanya atas setiap dosa siang dan malamnya.


Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh Abu Musa r.a Baginda SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menghamparkan keampunan (menerima taubat) pada waktu malam bagi pelaku kejahatan di siang hari, menghamparkan keampunan (menerima taubat) pada waktu siang bagi pelaku kejahatan di malam hari sehingga terbit matahari dari sebelah barat. (riwayat al-Imam Muslim)


Pendek kata sebagai kesimpulan renungan, apakah Ramadan yang bakal dijalani selama tempoh sebulan melalui tarbiyah intensif ini bakal menjanjikan satu transformasi positif dalam menghayati erti kata Ramadan yang sebenar atau sebaliknya?


Rebutlah peluang beribadah dan bertaubat menyesali setiap kesilapan selama Ramadan dan lentera keampunan Allah SWT terbuka luas, selama jantung berdegup.

Wednesday, July 20, 2011

Aku Dan Duniaku

Hari ni dah dekat seminggu aku kerja
letih gile bila dah lama tak masuk kerja
kena pulak 9 jam berdiri tak duduk
tapi aku seronok jugak sebab apa yang aku buat skrg ni 
itu yang aku suka..
setidak-tidaknya aku mempunyai matlamat dlm pekerjaan aku

tapi bab balikkerja terus tido tu
aku takleh nakelak la
haha mungkin terlalu penat kot..
takpe lah janji masa cuti aku tak terbuang
oleh fb dan internet je
once kita di alam pekerjaan
terbuka la minda sket kan

dalam kegembiraan pasti ada kesedihan
aku turut berdoa agar orang disekeliling aku
mendapat kegembiraan dan kekuatan untuk menjalani kehidupan
mencari rentak yang belum di sinarkan
aku akan berada di samping mereka memberi harapan
walau hati aku tidak sekuat yang di lihat
namun aku tetap memberi semangat untuk mereka menjadi teguh macam aku
aku sedih bila orang sedih
aku gembira bila orang gembira..
mungkin itulah diri aku
aku nak tengok ada orang susah lebih dari diri aku

erm bab ekonomi plak
so far so good
hope everything gonna be goodas planned

pasal study ,
tak sabar nak tunggu result 24 hb ni
aku harap semuanya baik2 je sebab aku nak tamatkan study aku secepat mungkin
agar aku boleh memberi sedikit sumbangan
agar aku terus bersinar menerangi orang2 disekeliling ku..

mode:aku doakan semua sahabat aku gembira dan di permudahkan urusan di dunia yang fana ini. bertabahlah sahabat..

Thursday, July 14, 2011

BERSIH 2.0 dan implikasinya

adakah semua yang menyertai perhimpunan itu berintelektual seperti kita?
sebab apa yang aku kaji hanya segolongan je yang mampu berfikir secara waras kerana selebihnya adalah golongan yang:

a.taksub kepada sebelah pihak(berat sebelah)
b.ikut kawan2
c. memeriahkan perhimpunan
d. ingin tahu apa yang terjadi
e.melepaskan geram yang sebelum ni takde platform tuk lepaskan

so ape yang aku lihat adalah dari pelbagai sudut. aku tak nafikan bahawa setiap org ada melakukan kesalahan dan keegoaan itu mungkin menjadi benteng bg mereka untuk menegakkan benang yang basah.

cuba kita buka minda dan mencari landasan yang baik untuk membicarakan isu2 yang diutarakan. kerana apabila pemimpin menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada rakyat yang berjuta-juta, maka berjuta2 la pendapat dan keputusan.

Menerusi al-Quran, secara jelas umat Islam diperintahkan untuk bermusyawarah dalam mencari jalan atau memecahkan persoalan yang berlaku di kalangan mereka. Ketika umat Islam mengatakan bahawa mereka memiliki demokrasi, maka yang dimaksudkan adalah idea tentang musyawarah ini. Bukankah al-Quran memerintahkan agar persoalan umat dibicarakan dan diselesaikan secara bersama? Dan bukankah Rasullullah s.a.w telah memberi kebebasan kepada umat Islam agar mengatur sendiri urusan dunianya.

Ini ditegaskan oleh Nabi s.a.w dalam sabda baginda yang bermaksud:
“Kamu lebih mengetahui persoalan dunia kamu.”
Tertib memilih pemimpin secara musyawarah akan menemui jalan keluar yang diharapkan dan akan mengukuhkan kekuatan serta menghindarkan daripada berlakunya perselisihan pendapat. Perselisihan sesungguhnya akan melemahkan umat Islam sendiri dan ada kemungkinan kelemahan itu dimanfaatkan oleh pihak lain.

Begitulah juga dalam persoalan menegur kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin. Rasulullah s.a.w dalam hal ini telah bersabda dalam satu hadis sahih:

من أراد أن ينصح لذي سلطان فلا يبده علانية، ولكن ليخْلُ به، وليدْنُ منه، فإن قبل منه فذاك، وإلا فقد أدَّى الذي عليه

“Barangsiapa yang ingin menasihati sultan (pemerintah) maka janganlah dilakukan secara terang-terangan (terbuka) tetapi hendaklah dia duduk berdua dengannya dan mendekatinya maka sekiranya dia menerima nasihatnya itu maka itulah (yang terbaik) tetapi sekiranya enggan maka dia telah laksanakan tanggungjawabnya”

maaf aku tak nampak keberkesanan apabila melakukan bersama rakyat yang latar belakang agamanya sendiri pun tidak dikenalpasti. akibatnya perhimpunan yang secara theorinya baik dan keberkesanannya terjamin berubah menjadi huru hara dan kacau bilau apabila penyokong bertindak diluar kawalan. jadi berfikirlah secara waras dan intelektual supaya penganut agama lain tidak melihat kepincangan yang terjadi di dalam agama yang kita sanjungi..



setelah perhimpunan berlangsung, apa yang aku nampak adalah sesuatu agenda yang sudah lari dari tujuan asal bersih iaitu bersih dalam pemilihan raya. semasa perhimpunan tersebut kita tidak dengar laungan untuk membersihkan pilihanraya. malah apa yang di laungkan adalah bersifat sebelah pihak dan ianya bertentangan dgn apa yang bersih cuba utarakan..


cuba kita fikir sejenak, selepas bersih itu dilaksana kan. aku hanya nampak semua video kekasaran polis terhadap pengikut yang degil untuk berundur. jadi apakah tujuan perhimpunan itu di jalankan. adakah untuk membuka pekung didada tentang ke"zaliman" yang di lakukan pihak polis? kita pergi balik kepada tujuan asal. apa kaitan tindakan polis tersebut dgn melupuskan undi pos? rasa macam takde kaitan pun. setakat ni aku blum nampak satu video pun yang boleh mengkaitkan perhimpunan BERSIH dgn tuntutan -tuntutan yang di kehendaki..


tepuk lah dada tanya lah iman. banyak lagi strategi yang perlu kita pikir untuk memperkukuhkan iman di dada. mungkin bersih adalah salah satunya tapi akal kita mampu memikirkan jalan yang terbaik bagi melaksanakan tuntutan dakwah..


sekian~

Friday, July 8, 2011

aku dan dirimu..~

Jikalau ku tahu diri ku hanyalah sandaran mu
Tak akan ku curah segala cinta ku padamu
mengapa sejak dahulu kau tidak berterus terang
bahawa aku hanyalah tempat persinggahan mu

Sudah menjadi lumrah ada insan lupa daratan
waktu kau kesusahan akulah tempat lah engkau mengadu
tapi apabila kau senang mudahnya kau berubah hati
dan kau bersuka ria dengan orang yang lain

Waktu susah kau cari aku
waktu senang engkau tinggalkan aku
begitulah sikap mu tak tahu kenang budi

Waktu duka akulah teman
waktu perlu akulah kekasih mu
tapi selepas itu mengapa kau kianati
apa gunanya dikenang kenang
pada orang yang tak menghargai
segala pengorbanan diri ku
akhirnya aku terluka

Dahulu aku sering hibur kan hati mu sayang
dan mengapa balasan mu kini menyakiti hatiku