adakah semua yang menyertai perhimpunan itu berintelektual seperti kita?
sebab apa yang aku kaji hanya segolongan je yang mampu berfikir secara waras kerana selebihnya adalah golongan yang:
a.taksub kepada sebelah pihak(berat sebelah)
b.ikut kawan2
c. memeriahkan perhimpunan
d. ingin tahu apa yang terjadi
e.melepaskan geram yang sebelum ni takde platform tuk lepaskan
so ape yang aku lihat adalah dari pelbagai sudut. aku tak nafikan bahawa setiap org ada melakukan kesalahan dan keegoaan itu mungkin menjadi benteng bg mereka untuk menegakkan benang yang basah.
cuba kita buka minda dan mencari landasan yang baik untuk membicarakan isu2 yang diutarakan. kerana apabila pemimpin menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada rakyat yang berjuta-juta, maka berjuta2 la pendapat dan keputusan.
Menerusi al-Quran, secara jelas umat Islam diperintahkan untuk bermusyawarah dalam mencari jalan atau memecahkan persoalan yang berlaku di kalangan mereka. Ketika umat Islam mengatakan bahawa mereka memiliki demokrasi, maka yang dimaksudkan adalah idea tentang musyawarah ini. Bukankah al-Quran memerintahkan agar persoalan umat dibicarakan dan diselesaikan secara bersama? Dan bukankah Rasullullah s.a.w telah memberi kebebasan kepada umat Islam agar mengatur sendiri urusan dunianya.
Ini ditegaskan oleh Nabi s.a.w dalam sabda baginda yang bermaksud:
“Kamu lebih mengetahui persoalan dunia kamu.”
Tertib memilih pemimpin secara musyawarah akan menemui jalan keluar yang diharapkan dan akan mengukuhkan kekuatan serta menghindarkan daripada berlakunya perselisihan pendapat. Perselisihan sesungguhnya akan melemahkan umat Islam sendiri dan ada kemungkinan kelemahan itu dimanfaatkan oleh pihak lain.
Begitulah juga dalam persoalan menegur kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin. Rasulullah s.a.w dalam hal ini telah bersabda dalam satu hadis sahih:
من أراد أن ينصح لذي سلطان فلا يبده علانية، ولكن ليخْلُ به، وليدْنُ منه، فإن قبل منه فذاك، وإلا فقد أدَّى الذي عليه
“Barangsiapa yang ingin menasihati sultan (pemerintah) maka janganlah dilakukan secara terang-terangan (terbuka) tetapi hendaklah dia duduk berdua dengannya dan mendekatinya maka sekiranya dia menerima nasihatnya itu maka itulah (yang terbaik) tetapi sekiranya enggan maka dia telah laksanakan tanggungjawabnya”
maaf aku tak nampak keberkesanan apabila melakukan bersama rakyat yang latar belakang agamanya sendiri pun tidak dikenalpasti. akibatnya perhimpunan yang secara theorinya baik dan keberkesanannya terjamin berubah menjadi huru hara dan kacau bilau apabila penyokong bertindak diluar kawalan. jadi berfikirlah secara waras dan intelektual supaya penganut agama lain tidak melihat kepincangan yang terjadi di dalam agama yang kita sanjungi..
setelah perhimpunan berlangsung, apa yang aku nampak adalah sesuatu agenda yang sudah lari dari tujuan asal bersih iaitu bersih dalam pemilihan raya. semasa perhimpunan tersebut kita tidak dengar laungan untuk membersihkan pilihanraya. malah apa yang di laungkan adalah bersifat sebelah pihak dan ianya bertentangan dgn apa yang bersih cuba utarakan..
cuba kita fikir sejenak, selepas bersih itu dilaksana kan. aku hanya nampak semua video kekasaran polis terhadap pengikut yang degil untuk berundur. jadi apakah tujuan perhimpunan itu di jalankan. adakah untuk membuka pekung didada tentang ke"zaliman" yang di lakukan pihak polis? kita pergi balik kepada tujuan asal. apa kaitan tindakan polis tersebut dgn melupuskan undi pos? rasa macam takde kaitan pun. setakat ni aku blum nampak satu video pun yang boleh mengkaitkan perhimpunan BERSIH dgn tuntutan -tuntutan yang di kehendaki..
tepuk lah dada tanya lah iman. banyak lagi strategi yang perlu kita pikir untuk memperkukuhkan iman di dada. mungkin bersih adalah salah satunya tapi akal kita mampu memikirkan jalan yang terbaik bagi melaksanakan tuntutan dakwah..
sekian~
No comments:
Post a Comment