Wednesday, July 20, 2011

Aku Dan Duniaku

Hari ni dah dekat seminggu aku kerja
letih gile bila dah lama tak masuk kerja
kena pulak 9 jam berdiri tak duduk
tapi aku seronok jugak sebab apa yang aku buat skrg ni 
itu yang aku suka..
setidak-tidaknya aku mempunyai matlamat dlm pekerjaan aku

tapi bab balikkerja terus tido tu
aku takleh nakelak la
haha mungkin terlalu penat kot..
takpe lah janji masa cuti aku tak terbuang
oleh fb dan internet je
once kita di alam pekerjaan
terbuka la minda sket kan

dalam kegembiraan pasti ada kesedihan
aku turut berdoa agar orang disekeliling aku
mendapat kegembiraan dan kekuatan untuk menjalani kehidupan
mencari rentak yang belum di sinarkan
aku akan berada di samping mereka memberi harapan
walau hati aku tidak sekuat yang di lihat
namun aku tetap memberi semangat untuk mereka menjadi teguh macam aku
aku sedih bila orang sedih
aku gembira bila orang gembira..
mungkin itulah diri aku
aku nak tengok ada orang susah lebih dari diri aku

erm bab ekonomi plak
so far so good
hope everything gonna be goodas planned

pasal study ,
tak sabar nak tunggu result 24 hb ni
aku harap semuanya baik2 je sebab aku nak tamatkan study aku secepat mungkin
agar aku boleh memberi sedikit sumbangan
agar aku terus bersinar menerangi orang2 disekeliling ku..

mode:aku doakan semua sahabat aku gembira dan di permudahkan urusan di dunia yang fana ini. bertabahlah sahabat..

Thursday, July 14, 2011

BERSIH 2.0 dan implikasinya

adakah semua yang menyertai perhimpunan itu berintelektual seperti kita?
sebab apa yang aku kaji hanya segolongan je yang mampu berfikir secara waras kerana selebihnya adalah golongan yang:

a.taksub kepada sebelah pihak(berat sebelah)
b.ikut kawan2
c. memeriahkan perhimpunan
d. ingin tahu apa yang terjadi
e.melepaskan geram yang sebelum ni takde platform tuk lepaskan

so ape yang aku lihat adalah dari pelbagai sudut. aku tak nafikan bahawa setiap org ada melakukan kesalahan dan keegoaan itu mungkin menjadi benteng bg mereka untuk menegakkan benang yang basah.

cuba kita buka minda dan mencari landasan yang baik untuk membicarakan isu2 yang diutarakan. kerana apabila pemimpin menyerahkan kuasa sepenuhnya kepada rakyat yang berjuta-juta, maka berjuta2 la pendapat dan keputusan.

Menerusi al-Quran, secara jelas umat Islam diperintahkan untuk bermusyawarah dalam mencari jalan atau memecahkan persoalan yang berlaku di kalangan mereka. Ketika umat Islam mengatakan bahawa mereka memiliki demokrasi, maka yang dimaksudkan adalah idea tentang musyawarah ini. Bukankah al-Quran memerintahkan agar persoalan umat dibicarakan dan diselesaikan secara bersama? Dan bukankah Rasullullah s.a.w telah memberi kebebasan kepada umat Islam agar mengatur sendiri urusan dunianya.

Ini ditegaskan oleh Nabi s.a.w dalam sabda baginda yang bermaksud:
“Kamu lebih mengetahui persoalan dunia kamu.”
Tertib memilih pemimpin secara musyawarah akan menemui jalan keluar yang diharapkan dan akan mengukuhkan kekuatan serta menghindarkan daripada berlakunya perselisihan pendapat. Perselisihan sesungguhnya akan melemahkan umat Islam sendiri dan ada kemungkinan kelemahan itu dimanfaatkan oleh pihak lain.

Begitulah juga dalam persoalan menegur kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin. Rasulullah s.a.w dalam hal ini telah bersabda dalam satu hadis sahih:

من أراد أن ينصح لذي سلطان فلا يبده علانية، ولكن ليخْلُ به، وليدْنُ منه، فإن قبل منه فذاك، وإلا فقد أدَّى الذي عليه

“Barangsiapa yang ingin menasihati sultan (pemerintah) maka janganlah dilakukan secara terang-terangan (terbuka) tetapi hendaklah dia duduk berdua dengannya dan mendekatinya maka sekiranya dia menerima nasihatnya itu maka itulah (yang terbaik) tetapi sekiranya enggan maka dia telah laksanakan tanggungjawabnya”

maaf aku tak nampak keberkesanan apabila melakukan bersama rakyat yang latar belakang agamanya sendiri pun tidak dikenalpasti. akibatnya perhimpunan yang secara theorinya baik dan keberkesanannya terjamin berubah menjadi huru hara dan kacau bilau apabila penyokong bertindak diluar kawalan. jadi berfikirlah secara waras dan intelektual supaya penganut agama lain tidak melihat kepincangan yang terjadi di dalam agama yang kita sanjungi..



setelah perhimpunan berlangsung, apa yang aku nampak adalah sesuatu agenda yang sudah lari dari tujuan asal bersih iaitu bersih dalam pemilihan raya. semasa perhimpunan tersebut kita tidak dengar laungan untuk membersihkan pilihanraya. malah apa yang di laungkan adalah bersifat sebelah pihak dan ianya bertentangan dgn apa yang bersih cuba utarakan..


cuba kita fikir sejenak, selepas bersih itu dilaksana kan. aku hanya nampak semua video kekasaran polis terhadap pengikut yang degil untuk berundur. jadi apakah tujuan perhimpunan itu di jalankan. adakah untuk membuka pekung didada tentang ke"zaliman" yang di lakukan pihak polis? kita pergi balik kepada tujuan asal. apa kaitan tindakan polis tersebut dgn melupuskan undi pos? rasa macam takde kaitan pun. setakat ni aku blum nampak satu video pun yang boleh mengkaitkan perhimpunan BERSIH dgn tuntutan -tuntutan yang di kehendaki..


tepuk lah dada tanya lah iman. banyak lagi strategi yang perlu kita pikir untuk memperkukuhkan iman di dada. mungkin bersih adalah salah satunya tapi akal kita mampu memikirkan jalan yang terbaik bagi melaksanakan tuntutan dakwah..


sekian~

Friday, July 8, 2011

aku dan dirimu..~

Jikalau ku tahu diri ku hanyalah sandaran mu
Tak akan ku curah segala cinta ku padamu
mengapa sejak dahulu kau tidak berterus terang
bahawa aku hanyalah tempat persinggahan mu

Sudah menjadi lumrah ada insan lupa daratan
waktu kau kesusahan akulah tempat lah engkau mengadu
tapi apabila kau senang mudahnya kau berubah hati
dan kau bersuka ria dengan orang yang lain

Waktu susah kau cari aku
waktu senang engkau tinggalkan aku
begitulah sikap mu tak tahu kenang budi

Waktu duka akulah teman
waktu perlu akulah kekasih mu
tapi selepas itu mengapa kau kianati
apa gunanya dikenang kenang
pada orang yang tak menghargai
segala pengorbanan diri ku
akhirnya aku terluka

Dahulu aku sering hibur kan hati mu sayang
dan mengapa balasan mu kini menyakiti hatiku