Friday, April 22, 2011

Hitam Manisan

Jikalau ku tahu
diriku hanyalah sandaran mu
tak akan ku curah
segala cintaku padamu
mengapa sejak dahulu
kau tidak berterus terang
bahawa aku hanyalah tempat persinggahan mu


sudah menjadi lumrah
ada insan lupa daratan
waktu kau kesusahan
akulah tempat engkau mengadu
tapi apabila kau senang
mudahnya kau berubah hati
dan kau bersuka ria
dengan orang yang lain..


waktu susah kau cari aku
waktu senang engkau tinggalkan aku
begitulah sikap mu
yang tak tau kenang budi
waktu duka akulah teman
waktu perlu akulah kekasihmu
tapi selepas itu mengapa kau khianati
apa gunanya di kenang-kenang
pada orang yang tak menghargai
segala pengorbanan diriku
akhirnya aku terluka..


aku hanya bersabar
sambil dalam hatiku bertanya
bahagiakah engkau
membiarkan ku terkilan rasa
sesungguhnya dirimu adalah
manusia yang lupa daratan
dengan mudah kau mungkiri
segala janjimu..


dahulu aku sering hiburkan hatimu, sayang
dan mengapa balasanmu kini menyakiti hatiku...

No comments: